2017-11-24

Kitab Ad-Durrun Nafis: Fasal 2 Tauhid Asma


FASAL 2 TAUHID ASMA’

SYEIKH MUHAMMAD NAFIS AL-BANJARI (ULAMA SUFI BANJAR)

Kitab Ad-Durrun Nafis - Bermula fasal yang kedua pada menyatakan Tauhidul Asma’ artinya mengesakan Allah Ta’ala pada segala nama yang iaitu mengesakan yang dinamakan 

(shahadan) bermula kifiyat mengesakan Allah Ta’ala pada segala Asma’nya itu iaitu seperti bahwa engkau pandang dengan mata kepalamu dan engkau syuhud dengan matahatimu bahwasanya segala Asma’ itu kembali kepada ia kepada Esa Allah Ta’ala ya’ni segala yang bernama di dalam alam ini sekaliannya menzhohir Asma’ iaitu menuntut ia akan ujud musamma maka tiada yang maujud itu pada haqiqat hanya Allah Ta’ala sendirian jua dan ujud segala alam ini hanya khayal dan waham jua dengan dinisbahkan kepada Allah Ta’ala maka sebab itulah kembali segala Asma’ itu kepada yang maujud iaitu Allah Subhanahu wa Ta’ala dan ujud Allah itu qhoim ia pada segala Asma’ dan zhohir ia dengan dia itu satu jua ya’ni bahwasanya segala asyia’ itu kezhohiran dan kenyataan bagi zat yang satu jua dan yang zhohir dengan segala asyia’ itu satu jua daripada tiada itihad dan hullul Maha Tinggi Allah Ta’ala daripada yang demikian itu akan sebagai tinggi yang amat besar sebab pun dibuat mitsal oleh setengah daripada segala arif billah itu kerana menghampir kepada faham jua

(ada pun) Allah Subhanahu wa Ta’ala itu Maha Suci dan Maha Tinggi seperti yang dimithalkan itu iaitu seperti kaca yang bertulis setengah merah dan setengahnya kuning dan setengahnya hijau maka dihantarkan akan dia di antara bumi dan cahaya benderang matahari maka betapa engkau lihat kepada benderang cahaya matahari itu tertulis ia pada bumi itu dengan warna nama tiap-tiap sifat yang ada ia didalam kaca itu padahal benderang cahaya matahari itu tiada berpindah ia kepadanya dan tiada bercerai ia daripada zat matahari itu serta yang demikian itu zhohir ia dengan segala sifat sekaliannya itu padahal matahari itu satu jua

(maka) bicarakan olihmu akan mithal ini dengan bicara yang sempurna mudah2an mengasihani allah ta’ala akan dikau pada barangyang engkau dapat akandia muafakat ia bagi barangyang kami mithalkan akan dia itu.

(setelah itu) hai segala saudaraku yang arif jikalau sudah hasil bagimu maqam ini kemudian maka tajjali hak Ta’ala atasmu menselak-selak daripada dinding menzhohirnya dengan dua isim yang menunjukkan keduanya itu akan dikau atas binasa segala menzhohirnya itu didalam diri Ahadiyah Allah Ta’ala

Apabila Tajalli Allah Ta’ala dengan Asma’nya zhohir atas hambanya niscaya melihat ia akan segala akuan ini sekaliannya diri Haq Ta’ala artinya daripada sekira-kira zhohir akuan itu dengan dia dan berdiri akuan itu dengan qhoyumnya dan kekalannya dan bahwasanya tiada bagi akuan itu ujud sendirian dan lagi tiada kuasa ia membedakan antara sesuatu daripada segala akuan ini artinya daripada sekira-kira bahwasanya akuan itu sekaliannya makhluk Allah Ta’ala ya’ni mazharnya dan tempatnya bersandar kepadanya dan lagi memandang ia akan Allah Ta’ala itu haqiqat bagi segala akuan itu seperti Firman Yang Maha Tinggi:

Artinya: “Barang di mana ada kamu maka adalah disana ujud Allah”
(ya'ni) barang kemana engkau hadapkan akan muka kamu atau hati kamu atau rohmu atau akalmu adalah disana ujud Allah

(shahadan) ketika itulah keluar satah daripada lidah hamba itu ya'ni mengeluarkan perkataan yang tiada diridhoi oleh syara' maka iaitu bahaya musyahadah inilah karana terdinding ia daripada memandang akuan ini dengan sebab memandang ujud Allah yang mutlaq

(seperti kata) Syech Abdul Karim Al Jalili qadassallahu sirrahu:

“Bermula terdinding hamba daripada memandang makhluk dengan sebab memandang ia akan hak Ta’ala maka iaitu menjadikan hamba itu mengata tiada yang maujud didalam ujud ini melainkan ujud Allah Ta’ala bermula yang demikian itu karena adalah mabuknya dan ghoibnya seperti barang yang jatuh bagi Hallaj maka perkataan orang yang mabuk itu tiada boleh dipegang intiha’ maka sebab itulah (kata) Sultan auliya’ Maulana Alsyech Abdul Qadir Jailani qadassallahu sirrahu:

“Jikalau Hallaj itu ada masa aku niscaya akan aku ambil ia dengan tanganku ya’ni aku tegahkan akan orang yang hendak membunuh dia intiha’

(bermula yang pertama) daripada dua isim seperti isimnya (jami’) artinya yang menghimpunkan iaitu menghimpunkan bagi sekalian mazhar ini iaitu Syuhudul Kasrah fil Wahdah ya’ni pandang banyak yang banyak pada yang satu muradnya sekalian alam ini daripada Zat Allah Ta’ala satu jua tiada daripada yang lainnya (dan yang kedua) daripada dua isim itu seperti isimnya (mani’) artinya menegahkan dengan zatnya itu bagi segala mazharnya iaitu zhohir ia daripada yang lainnya bermula muradnya itu daripada Zat Allah Ta’ala jua terbitnya sekalian alam ini

(maka)adalah hasilnya adalah dalallah dua isim itu terhimpun sekalian alam ini kepada Allah Ta’ala dan tertegah daripada lainnya ya’ni] permulaan daripada Allah Ta’ala jua dan kesudahannya pun kembali kepada Allah Ta’ala jua

(seperti) firman Allah Ta’ala:
Artinya: “Dan bagi Allah Ta’ala jua permulaan segala pekerjaan dan kepadanya kembali mereka itu”

(setelah itu) maka apabila engkau pandang bahwasanya yang murah itu daripada Allah Ta’ala jua dan yang zhohir pada hamba itu mazhar isimnya yang bernama karim jua dan demikian lagi apabila engkau lihat akan seseorang sabar ia daripada kesakitannya maka engkau syuhud dan engkau pandang bahwasanya yang sabar itu daripada Allah Ta’ala jua dan yang ada pada hamba itu mazhar isimnya yang bernama sawwirun karena karim dan sawwirun itu keduanya isim Allah Ta’ala dan seperti demikian itulah tiap-tiap orang yang bernama dengan barang nama ada ia maka adalah sekalian itu engkau syuhud dan engkau pandang mazhar Asma’ Allah Ta’ala jua

(shahadan) kata setengah daripada ‘arif billah: “tiada bagi Allah Ta’ala itu sifat yang berdiri kepadanya dan yang bertambah ia atasnya seperti segala sifat ma’ani hanyasanya yang ada baginya itu asma’ jua mengambil dalil mereka itu dengan dua dalil (suatu daripadanya) naqli iaitu Qur'an dan hadith karena tiada datang dalam Quran dan hadith mengatakan bahwasanya Allah Ta’ala itu bersifat dan hanyasanya yang datang didalam Quran dan hadith itu asma’ jua

(seperti) firman Allah Ta’ala
Artinya: “Dan bagi Allah Ta’ala itu beberapa nama yang baik maka minta doalah kamu kepadanya dengannya”

(maka) menentukan Allah Ta’ala akan dirinya dengan nama jua tiada bersifat

(dan lagi) sabda Nabi saw:
Artinya: “Dan hanyasanya yang kamu seru itu tuhan yang mendengar lagi amat melihat lagi yang berkata-kata padahal serta kamu barang di mana kamu”

(dan keduanya daripadanya) ‘aqali iaitu pada akal bahwasanya Allah Ta’ala itu jikalau ada ia bersifat niscaya adalah ia majhul karena tiada yang disifatkan itu melainkan yang majhul

(bermula Allah Ta’ala) itu terlebih ma’rifah daripada segala ma’rifah tiada berkehendak ia kepada sifat yang mengenal dia iaitu Maha Suci Allah Ta’ala itu daripada bersifat dengan sebab ma’ani yang demikian itu

(dan lagi pula) betapa disifatkan Allah Ta’ala itu padahal ia menyucikan ia menyucikan dirinya daripada bersifat itu dengan nas Qur'an dan hadith yang tersebut itu

(shahadan) maqam inilah ya’ni maqam Tauhidul Asma’ maqam yang kedua daripada segala maqam ‘ariffin yang dianugerahkan Allah Ta’ala kepada orang yang salik atau kepada lainnya seperti majzub umpamanya dan maqam inilah natijah artinya faedah dan samarah maqam pertama yang pertama itu maqam orang yang senantiasa memandang Wahdatul Af’al dan ialah yang menyampaikan akan dikau kepada maqam yang diatas iaitu Tauhidus Sifat iaitu maqam yang ketiga daripada segala maqam ‘ariffin (Selanjutnya - Fasal 3 Tauhid Sifat)

Load comments